Friday, January 3, 2014

Grill Chicken Rose


Bahan-bahan :

1/2 Ayam di kerat
1/2 cawan kicap manis
1 ulas bawang besar (dikisar)
4 ulas bawang putih (dikisar)
kentang dipotong 6
lada sulah (secukup rasa)

cara-cara :
Ayam yang sudah dibasuh dan dikerat tadi, digaul dengan kisaran bawang putih dan bawang besar
kemudian campurkan dengan kicap manis, kemudian letakkan lada sulah, dan digaul hingga sebati kesemua bahan tersebut, dipotong kentang lalu dimasukkan sekali kedalam bahan tadi..dah siap dituang ke kuali grill dan dibakar atas api yang sederhana sehingga masak dan empuk.. sudah siap, dihidang dan dihias.
Selamat Mencuba!

Monday, December 23, 2013

Banoffee Cupcake

 

 Bahan2 :
3 1/2 cawan tepung gandum/tepung kek
2 sudu teh baking soda/soda bikarbonat
1/2 sudu teh garam
(Ayak bersama bahan di atas, ketepikan)

250g mentega di suhu bilik
2 1/2 cawan gula kaster
4 biji telur
1 sudu teh esen vanilla

1 cawan buttermilk (atau 1 cawan susu segar dicampur dengan 2 sudu teh jus lemon atau cuka)
2 cawan pisang lenyek

Cara2 :
 
 1) panaskan ketuhar 170 darjah c, alaskan dula pembakar muffin dgn kertas cupcake
2) pukul mentega dgn gula hingga kembang dan gebu menggunakan pemukul elektric, masukkan telur satu persatu dan pukul hingga sebati. Masukkan esen vanilla
3) masukkan 1/3 campuran tepung yg telah diayak, pukul perlahan. Pukulkan separuh buttermilk dan separuh pisang. Ulang dgn 1/3 lagi campuran tepung, kemudian separuh lagi buttermilk dan pisang. Akhiri dgn campuran tepung. Pukul hingga sebati tapi jgn terlebih pukul.
4) tuangkan adunan cupcake ke dalam cawan cupcake hingga 3/4 penuh. Bakar 20 minit (atau hingga keemasan dan bila cucuk dgn lidi tak melekat)

Topping:
Non-dairy whipped topping (dipukul hingga kembang)
Caramel (saya guna trick buat caramel pakai susu pekat manis tin - rebus tin susu pekat main dalam periuk besar dgn air dalam selama 3 jam, anda akan dapat caramel)
Coklat hitam yg diparut

 
SELAMAT MENCUBA!! 
#inspirasi by Ezani (MasterChef)


Thursday, July 26, 2012

Tempahan Biskut Raya 2012

Assalamualaikum, lama dah rasa tak update blog masakan ni..
semenjak puasa tahun lepas, tup2 dah masuk ramadan utk 2012 pula
apa pun salam ramadhan dan selamat berpuasa buat semua 
pembaca blog yg beragama islam..
moga segala amalan yg kita lakukan pada tahun ini 
diterima Allah s.w.t. 

ok lah..
update kali ni tuan rumah nak update entry pasal
tempahan biskut raya spt bawah ini.. apa lagi jom view!

sebarang pertanyaan dan komen, bolehlah tinggalkan pesanan
diruang entry ini @ msg di no saya 0132281963 utk pertnyaan dsb.. thanks~

Disqus for all is my