Monday, December 23, 2013

Banoffee Cupcake

 

 Bahan2 :
3 1/2 cawan tepung gandum/tepung kek
2 sudu teh baking soda/soda bikarbonat
1/2 sudu teh garam
(Ayak bersama bahan di atas, ketepikan)

250g mentega di suhu bilik
2 1/2 cawan gula kaster
4 biji telur
1 sudu teh esen vanilla

1 cawan buttermilk (atau 1 cawan susu segar dicampur dengan 2 sudu teh jus lemon atau cuka)
2 cawan pisang lenyek

Cara2 :
 
 1) panaskan ketuhar 170 darjah c, alaskan dula pembakar muffin dgn kertas cupcake
2) pukul mentega dgn gula hingga kembang dan gebu menggunakan pemukul elektric, masukkan telur satu persatu dan pukul hingga sebati. Masukkan esen vanilla
3) masukkan 1/3 campuran tepung yg telah diayak, pukul perlahan. Pukulkan separuh buttermilk dan separuh pisang. Ulang dgn 1/3 lagi campuran tepung, kemudian separuh lagi buttermilk dan pisang. Akhiri dgn campuran tepung. Pukul hingga sebati tapi jgn terlebih pukul.
4) tuangkan adunan cupcake ke dalam cawan cupcake hingga 3/4 penuh. Bakar 20 minit (atau hingga keemasan dan bila cucuk dgn lidi tak melekat)

Topping:
Non-dairy whipped topping (dipukul hingga kembang)
Caramel (saya guna trick buat caramel pakai susu pekat manis tin - rebus tin susu pekat main dalam periuk besar dgn air dalam selama 3 jam, anda akan dapat caramel)
Coklat hitam yg diparut

 
SELAMAT MENCUBA!! 
#inspirasi by Ezani (MasterChef)


Disqus for all is my