Wednesday, October 26, 2011

Kek Siffon

Selamat Malam dan salam sejahtera..

ok, kali ni saya bercadang hendak buat kek siffon..huhu,
actually buat kek siffon ni baru first time, sebelum ni negok je emak buat. adeh..
kalau yang lain-lain insya allah boleh dah buat sikit2,
tetapi seperti selalu, dibantu oleh emak saya a.k.a guru penasihat.. hihi.

actly buat kek ni juga adalah sempena ulangtahun kelahiran, adek bungsu dan
baby saya, (erkk) actly anak buah saya..^^) he..
okey, maka dengan sebab teringin nak buat kek bezday sendiri (takyah beli2 kan)
so menjadi excited mahu mencuba buat.. takpe2 yang penting mencuba kan..
okeh la, jom kita terjah cara nak buatnya...^^)

Bahan-bahan :

1. gula kastor 10 gram
2. tepung kek naik sendiri 8 gram
3. minyak kelapa 4 gram
4. air masak 6 gram
4. soda bikabornat 1/3 sudu kecil
5. krim tartar 1/3 sudu kecil
6. telor 7 biji (asingkan kuning dan putih)
7. pewarna strawberi/pandan/oren


cara-cara membuat :

asingkan telor putih dan kuning, ketepikan.. letak dalam 2 bekas, bekas A & B,

Bekas A - Kacau dan gaul Telor kuning, kemudian masukkan tepong kek naik sendri, kacau..masukkan gula kastor (bahagikan 2, untuk guna bahan A & B), kacau.. kemudian masukkan air dan minyak serentak, kacau lagi..masuk bikarbonat, dan pewarna strawberi, dan secubit garam je (jgn banyak2) dah siap, ketepikan..

Bekas B - Pukul putih telor sampai jadi putih.. kemudian masukkan sedikit demi sedikit gula kastor (yang dibahagi 2 tadi)..bersama 1/3 krim tartar.. (pukul hingga kembang putih,
sampai bila ditebalikkan bekas putih telor tu tak akan terbalik/tertumpah.. )

~eh, tak sangka jadi, mse buat tu tak tumpah bila tebalik, yeahh.. ngee~
tapi, adoiiyai.. lenguh tangan den memukul telur putih tu, nak tungu sampai betul2 tepu cantik
(dah mcm dalam rancangan master chef lak time ni.. adeh.. :p)


okey..dah siap bahan B, kemudian dicampurkan bahan A tadi kedalam bekas B dengan pelahan.. kemudian kacau (dengan pelahan, arah jam) jangan kacau/godak terlalu kuat.. nanti bentan, (kek siffon ni sensitif sikit.. "emak pesan kat saya" huhu).. kemudian masukkan kedalam acuan bulat if nak nampak mcm kat atas tu..or loyang petak pon ok je...(*kalau nak letak alas kertas putih ok juga, sebelum tuang kedalam acuan tadi.. supaya bila masak, tidak melekat dan mudah dikeluarkan)
then, masukkan dalam ketuhar... bajet2 la mase dlm 40-45 minit ke kan..

okey, sudah siap..mudah kan...

alhamdulillah, jadi dah kek saya, huhu..oklah, mak puji sedap, akak ipar pon kata ok gak..he,
ntah ek..cuba-cuba jadi pulak kan..secara tak lansung dah dapat belajar...^^)
kek siffon ni senang sebenarnya, tetapi kena ada cara dan semangat yang jitu hendak membuanyer.. eceh.. ~pe pon thanks emak saya yang telah memberi tunjuk ajar dalam proses membuat keknye tadi & akak ipar yg telah bagi semangat tu..hihi :D


P/S : Pic kek kat atas tu, bukan kek yg sy buat taw, huhu.. [that why tak letak credit name], kek sbnr kurang cantek ghupenye, sogan den nak show, hehe.. but oklah, janji sodap kan2...tehee..^^) nak tengok ax? ~ahaks..malu2.. tpi snap gmbo kurang cantek.. klik sni -->; Highslide JS

Tuesday, October 25, 2011

Siakap 3 Rasa


Salam Sejahtera & Selamat Petang..
okey, resipi anak emak hari ini masak siakap 3 rasa....
actly this is lunch menu today..^^)

okeh, lme jugak R.A.E tak update blog masak ni,
apa pon, jom negok pula masak siakap 3 rasa ni ek..

bahan-bahannye :

Bahan A
1. Ikan Siakap (most important) klu xde..tak d'name masak siakap yedak? hihi
2. Halia. (dihiris kecil)
3. Bawang Putih (dihiris kecil)
4. Telor (dipukul)
5. Tepung Gandum
* sedikit limau nipis (if mahu)

or.. klu nk senang lgi, "bahan A" gune je tepong kentuky..haha

Bahan B
1. Bawang putih. (dihiris)
2. Bawang Merah (dihiris bulat)
3. sedikit Lada kering (dikisar) or lada Bobo Boh..he
4. Tomato sos
5. chili sos
6. carrot/lobak
7. Nenas and Timun.
8. garam, dan aji cukup rasa.. or "knor pasti sedap~nyer"
9. Serai (dititik) or daun limau perot.

* Nenas, Timun, Lobak..di potong brunoise (dadu) or botonnet (memanjang kecil) or ikot suke awak lah camne pon..hurm

cara-cara memasak :

Menggoreng Bahan A, setelah siap perap bahanya (ikan siakap dengan, halia, bawang putih, telor, tepong gandum, *perahan limau nipis).

*apabila selesai masak bahan A, baru boleh start bahan B tahu.. (penting) hihi..

seterusnya, tumis bahan B, (bawang putih, bawang merah) dah naik bau, masukkan sedikit cili boh, kacau, masukkan cili sos, tomato sos, kacau lagi..masukkan sedikit garam, gula, aji..(cukup rasa)..dah agak sebati dan garing masukkan potongan sayuran tadi.. (kalau nak letak sikit air pon boleh, if nak pekat takyah letak air) last sekali barulah masuk Ikan Siakap...dan gaul sehingga sempurna then jangan lupa daun limau perut or serai (yg dititik)..

ok..siap sudah... amacam, senang kan, huhu.. ;)


Saturday, October 15, 2011

Plain Muffin

Highslide JS


Selamat Petang, Harini jom kita cuba buat Plain Muffin..
actually haritu, aku dengan adekku hanis, belajar buat muffin,
lame juga dah.. cume tak sempat nak update untuk recipe ni..hihi

ok, jom kita lihat bahan-bahan untuk membuatnya :

1) 600g Tepung Kek.
2) 180g Gula.
3) 36g Serbuk Penaik (baking powder)
4) 120g Telor
5) 475ml susu UHT
6) 180g Mentega (dicairkan)
7) 8g garam
8) sedikit esen vanila.
9) buah kismis dan coklat chip (jika mahu)

cara-cara membuat,


-ayak tepung dengan serbuk penaik.
-masukkan telur dan gula ke dalam pengadun dan pukul hingga kembang
(sampai keputihan). kemudian masukkan esen vanila.
-masukkan tepung kek, susu UHT dan kacau hingga rata beserta mentega yg dicairkan tadi.
-jika perlu, di tambah bahan ke-9..
-ok..sudah siap, masukkan ke dalam acuan kecil muffin dan bakar dalam ketuhar.
macam mana, simple kan? ^^)..




Disqus for all is my


Photobucket