Saturday, October 15, 2011

Plain Muffin

Highslide JS


Selamat Petang, Harini jom kita cuba buat Plain Muffin..
actually haritu, aku dengan adekku hanis, belajar buat muffin,
lame juga dah.. cume tak sempat nak update untuk recipe ni..hihi

ok, jom kita lihat bahan-bahan untuk membuatnya :

1) 600g Tepung Kek.
2) 180g Gula.
3) 36g Serbuk Penaik (baking powder)
4) 120g Telor
5) 475ml susu UHT
6) 180g Mentega (dicairkan)
7) 8g garam
8) sedikit esen vanila.
9) buah kismis dan coklat chip (jika mahu)

cara-cara membuat,


-ayak tepung dengan serbuk penaik.
-masukkan telur dan gula ke dalam pengadun dan pukul hingga kembang
(sampai keputihan). kemudian masukkan esen vanila.
-masukkan tepung kek, susu UHT dan kacau hingga rata beserta mentega yg dicairkan tadi.
-jika perlu, di tambah bahan ke-9..
-ok..sudah siap, masukkan ke dalam acuan kecil muffin dan bakar dalam ketuhar.
macam mana, simple kan? ^^)..




No comments:

Post a Comment

Disqus for all is my